Posts

Showing posts from 2021

Cara setup tank Aquarium Baru

Sharing dari Sifu @Zarep Zakuan. Semoga manfaat kepada semua. ✅Info Hak Milik Saudara ZarepZakuan ✅Ikan Hak Milik Admin. CARA SETUP TANK BARU Ini sepatutnya bahagian 1. Tapi takpe, masih sempat lagi rasanya. Kalau ada istilah-istilah yang sukar difahami, cuba baca posting-posting saya yang lain ya. In sha Allah membantu. Ini tips paling penting untuk mereka yang baru berjinak-jinak bela ikan. Ya, saya tau perasaan tu. Tak sabar kan? Sabar sikit. Baca ye kalau ada plan nak setup akuarium atau sedang mengalami masalah ikan mati. Perkara paling penting JANGAN TERUS BELI IKAN JANGAN TERUS BELI IKAN JANGAN TERUS BELI IKAN Itu paling penting sekali. Kita ni nak mencipta ekosistem untuk ikan dulu, prosesnya makan masa sikit. Kalau terus beli ikan sekali dengan akuarium, saya boleh jamin 90% akan ada kematian. 10% tu mungkin tuah saja.  Hobi ni satu perjalanan. Enjoy the process! Kita perlu pastikan, air tu mampu melengkapkan kitaran nitrogen.  Apa yang kita cuba buat adalah kita nak ...

Ikan Arowana tak nak makan?

Ramai yang mengeluh bila Aro tiba-tiba tak mahu makan. Aro bila ada masalah secara tak langsungnya akan men"transfer" kesan pada tuan empunya ikan. Kita pulak jadi tak senang duduk, kan? Dan kadang-kadang ikan tak makan 4@5 hari tu, normal. Malah ada yang lebih dari itu lagi. Tp ada juga penyebab2 yg memungkinkan Aro tak mahu makan. Antaranya: 1. Kondisi air tak cantik dan suhu serta pH air yg tiba-tiba berubah yang membuatkan Aro menjadi merasa tak selesa dan stress. :- Kualiti air yang buruk dapat disebabkan oleh akumulasi nitrit, nitrat, dan amonia yang bersumber dari najis ikan dan juga sisa makan. Jika dibiarkan ianya dapat menjadi toksik bagi ikan arwana anda dan mudah untuk jatuh sakit. Sentiasa menjaga kualiti air akuarium dapat menjaga kesihatan ikan arwana anda. Buang jika terdapat sisa-sisa najis Ikan yang terkumpul dalam akuarium. Jangan dibiarkan. Ikan arowana juga selesa jika suhu air berada di sekitar 28 - 31°.  2. Ikan sedang cuba mengapdaptasi tempat atau sua...

perbezaan Hb Shb Mgbb Crissback Golden Head

Simpan sini semoga bermanfaat pada sahabat2 semua.. Highback /HB -Shine cuma sehingga level 4 -Tiada chu Super highback/SHB -Sisik sehingga level 5 -Tiada chu/chu berterabur dan xbersih Mgbb  Level-Sisik berkilat sehingga level 5 Chu-chu bersih 1/2 baris Mgbb goldenhead/GH -Kepala balut sekurang2nya 70% -95% ke atas boleh panggil gh fullhelmet Crossback/xb -Shine sisik sehingga level 6 Crossback goldenhead/xbgh -kepala ada gh -level 6 cross

AKUARIUM : CARA SETUP TANK BARU

Sharing dari Sifu @Zarep Zakuan. Semoga manfaat kepada semua. ✅Info Hak Milik Saudara ZarepZakuan ✅Ikan Hak Milik Admin. CARA SETUP TANK BARU Ini sepatutnya bahagian 1. Tapi takpe, masih sempat lagi rasanya. Kalau ada istilah-istilah yang sukar difahami, cuba baca posting-posting saya yang lain ya. In sha Allah membantu. Ini tips paling penting untuk mereka yang baru berjinak-jinak bela ikan. Ya, saya tau perasaan tu. Tak sabar kan? Sabar sikit. Baca ye kalau ada plan nak setup akuarium atau sedang mengalami masalah ikan mati. Perkara paling penting JANGAN TERUS BELI IKAN JANGAN TERUS BELI IKAN JANGAN TERUS BELI IKAN Itu paling penting sekali. Kita ni nak mencipta ekosistem untuk ikan dulu, prosesnya makan masa sikit. Kalau terus beli ikan sekali dengan akuarium, saya boleh jamin 90% akan ada kematian. 10% tu mungkin tuah saja.  Hobi ni satu perjalanan. Enjoy the process! Kita perlu pastikan, air tu mampu melengkapkan kitaran nitrogen.  Apa yang kita cuba buat adalah kita nak ...

air akuarium berbuih

Kejernihan Air Aquarium/Tank. Apa penyebab air tidak jernih dan cara mengatasinya:- 1. Air berbuih-buih. Ini tanda ada masalah pada populasi BB (Beneficial Bacteria) dalam tank. kebiasaannya tanda nie populasi BB mati berjemaah. Disebabkan tukar air/top up air menggunakan air paip tanpa meletakkan anti clorin terlebih dahulu atau tak letak langsung. Basuh sponge atau bio2 media dengan air paip biasa. Cara penyelesaian, Buang air 40%. tambah dengan air yg dicampur dengan anti clorin dan tambah cecair BB.  prevention, guna air yg sudah dicampur ngan anti clorin. Clorin pada air paip akan matikan segala bacteria walaupun BB.  Jangan basuh barang2 filter dengan air paip. gunakan air kolam tank. 2. Air keruh susu. Tanda BB baru nak berkembang atau populasi bloom disebabkan kenaikan ammonia atau baru mula letak cecair BB. Kebiasaannya air akan kembali jernih dalam masa semalaman. 3. Air berdebris halus/berhabuk. overfeeding atau dasar kolam berkeladak disebabkan kurang maintenance. ...

kelisa bantu halang gangguan

Ada sahabat² yang percaya tak.? Arowana ni bukan sekadar penambah seri rumah.. Selain Kucing, Arowana juga mampu pertahanankan kita dari ganguan jin & sihir.. Kalau kita perasan, Arowana kita tiba² terkejut & gelabah tanpa di sergah.. Sehingga ada yang terkorban secara tiba².. Hari ni sihat esok mati.. Banyak saya dengar cerita macam tu.. Cuma nak share pengalaman saya.. Saya baru sebulan je pindah rumah.. Bobo (A2) saya ni jadi tak tentu arah sejak pindah sedangkan adiknya dalam 1 tank, Bubu (F2) steady je.. Time off lampu lagi menjadi-jadi sampai la jadi bengkok (video di bawah)..  Memang rumah saya ni ada gangguan cuma saya cuba menafikannya.. Wife pon pernah mengadu selalu nampak benda putih masuk bilik air.. Sampai 1 tahap dah main on/off lampu.. Sakit hati tak usah cakap la.. Beli rumah bukannya murah, bukannya senang.. Dapat tahu ada gangguan macam ni pulak kan.. Sakit wehh.. Balik pada Bobo, ramai sahabat bantu saya untuk rawatan.. 3 minggu saya asingkan & rawat...

cert Arowana dan Pets

Certificate of Identify Setiap kali ada perbahasan/perbalahan berkaitan dengan Cert/Sijil apabila ikan itu tidak capai spec terutamanya melibatkan ikan dari Malaysia Golden Family. Cert biasanya didatangkan dengan microchip sebagai penganti no pengenalan diri pada ikan haiwan/ikan dan pada jenis burung/unggas digantikan ring yang mempunyai number. Apa tujuan cert & chip@ring number pada haiwan?  Adalah sebagai penganti pengenalan diri . Untuk Kucing/Anjing cert akan tertulis registered Number Haiwan tersebut termasuk lah kedua ibubapa bersertakan tarikh lahir,breeder/cattery & keturunan. Sama seperti ikan terutamanya arowana/kelisa, Cert dikeluarkan dari pemilik farm beserta identity baka tersebut seperti Super Red, Malaysia Golden Dll. Dasar padang ke Indonesia, jika dilihat pada Vlog dari indonesia, sama ada dari sekecil seller yang mula nak bertapak, mereka akan menjual ikan beserta cert & chip kerana di Indonesia sendiri ikan kelisa terutamanya SR harus mempunyai ce...

SR Super Red Asal Indonesia kini dibela di Malaysia

📔Arowana Super Red “SR” Sejarah SR asalnya ditemui disekitar pengairan Kalimatan Barat , Danau/Tasik Sentarum & Empangau. Ikan SR merujuk kepada Super Red dan “Red” itu adalah signature Ikan asal dari Indonesia sepertimana Red Tail Golden “RTG” & Banjar Red. Atas permintaan tinggi dikalangan masyarakat, maka wujudnya pembiakan ikan dalam kolam “Captive Breeding “. Secara asasnya SR terbahagi kepada 3 ✅Wild Caught ( Original Kapuas @Siluk Merah ) ✅Pembiakan dalam Kolam sekitar Kalimatan Barat ✅Pembiakkan Kolam luar Kalimatan & Indonesia. 📔Original Kapuas/Kalimatan Barat.... 📔SR Kapuas original hasil dari tangkapan liar oleh nelayan setempat untuk dijual pada peseorangan ataupun pada pemilik farm untuk tujuan breeding, Setiap ikan yang ditangkap untuk dijual harus mendapatkan kelulusan dari jabatan yang bertangungjwb iaitu “ KEMENTERIAN LINGKUNGAN HIDUP DAN KEHUTANAN “ atau lebih tepat dari pegawai “BALAI KSDA KALIMANTAN BARAT “. 📔CHOP ini biasa dilihat pada Cert pemilik ...

Topik Asas Penjagaan dan Pemilihan Ikan Arowana

Topik arowana Soalan yg biasa saya dapat. Saya jawab kat sini untuk panduan dan pedoman dimasa akan datang 😂..  1. Bang ni ikan jenis apa? 2. Saya beli rm300 okay ke? Contoh je 3. Perlu ke tanning/ proses tanning 4. Cara pemakanan 5. Kadar PH air. 6. Penjagaan arowana  Jawapan saya 1 dan 2. Ni kita ada kepercayaan beli dekat orang tu, so bila org tu kata mgbb ke power blue ke ferari red ke, macik kantin ke, pak guard ke.. Kita percaya jelah. Kalau dah seller tu kata ikan dia jual mgbb ya mgbb lah. Kami tak tau org tu jual dari kolam mana ke apa, so trust tu penting. Bab harga itu hak masing2 nak jual berapa, there is no limit nak letak harga berapa juta sekalipon. 3. Terpulang, nak cepat proses cuci sisik bg clear daki2 kat ikan boleh buat tanning. Dari segi aspek pemilihan arowana. Bagi saya kualiti adalah nombor 1 dalam pemilihan ikan. Bukan harga.. Aro ni ikan lasak, jangka hayat puluh tahun.. So tepuk dada, nak tengok hari2, mesti nak yg lawa kan? Belanja lah lebih sikit....

Arowana DE dan bola pingpong vs Drop Eye

SHARIING PINGPONG, ARO & DE... Mungkin ada yg pernah mendengar atau yg pernah mencuba kaedah bola pingpong yg kononnya mampu merawat atau mengelakkan aro dr terkena penyakit mata jatuh atau drop eye(DE)...persoalannya benarkah atau sejauh manakah keberkesanan kaedah ini?   Persoalan ini sy ajukan kepada salah seorang 'legend' dlm bidang arowana iaitu saudara Muzalan atau lebih dikenali dgn nama Muza I.K.A..Menurut saudara Muza, kaedah meletakkkan bola pingpong di dalam tangki hanyalah satu kaedah fisioterapi shj bukan utk merawat DE..."  Pertama sekali harus tahu aro adalah sejenis ikan berwilayah & mempunyai perasaan ingin tahu dgn sering melihat keadaan sekeliling, jika aro sering melihat ke dasar lama kelamaan akn mendedahkan mata aro kepada risiko terkena DE selain dari pengumpulan lemak di ruang ats mata ataupun paras air yg terlalu tinggi utk aro yg masih kecil", ujarnya...menurutnya lagi kaedah bola pingpong ini hanyalah slh satu cara fisioterapi ...

Tanning Jenis Lampu dan Kiraan Bil Tnb eheh

Permulaan untuk “ Tanning “ pada ikan Kelisa @ Arowana... Tanning dalam bahasa erti mudah faham adalah, mendeddahkan kulit pada sinaran cahaya. Secara umumnya, tanning terbahagi kepada 2 :- 1.Sun Tanning - Pencahayaan menlalui matahari 2.Tanning Light - Pencahayaan menlalui Lampu.. Tanning bukan sahaja pada ikan arowana ttp segala benda yang hidup, di negara luar terutamanya dia negara 4 musim, masyarakat umumnya kerap berjemur untuk mengelapkan kulit mereka dan pada yang berkemampuan akan tanning kulit mereka dengan tanning light. Secara am, lampu tanning pasti mempunyai 2 element iaitu UVA & UVB untuk merupai cahaya matahari.. UVA - Bersifat cerah dan mempunyai haba yang panas UVB - Bersifat kekuningan merupai cahaya pagi untuk menghasilkan Vit D3 dan mengalakkan penyerapan Kalsium.. *Uvc - adalah lampu Uv yang mematikan kuman,alga & bacteria . Setiap haiwan reptile seperti Iguana, Kura-kura, Ular ataupun hidupan yang perlu UVA & UVB untuk kelangsungan hidup yg sempuran j...

Makanan Arowana dan Risiko

Pengenalan Arowana adalah sejenis ikan pemaging (carnivorous). Di alam liar, makanan rujinya terdiri daripada serangga, ikan-ikan kecil (meadow fishes), udang-udang kecil (shrimps), cacing dan amfibia kecil. Makanan mentah amat digemari arowana, tetapi ia juga boleh dilatih untuk menerima kepelbagaian makanan alternatif yang lain. Mempelbagaikan makanan arowana adalah satu KEMESTIAN, bagi mengelakkan dirinya daripada kekurangan zat-zat makanan sebagai sumber utama tumbesarannya. Arowana kecil (bawah 15sm) harus diberi makan tiga kali sehari, arowana muda (15-35sm) dua kali sehari manakala arowana dewasa (35sm ke atas) pula sekali sehari atau berselang sehari. Ikan hidup yang tinggi kandungan lemak, hanya boleh dijarakkan pemberiannya kepada arowana bagi mengelakkan permasalahan sindrom bermata jatuh (down-eyed syndrome). Jika arowana terlebih diberi makan (over fed) dalam jangka-waktu yang berterusan, ini menyebabkan ia mula kehilangan selera untuk makan, jesteru akan melaparkan diriny...

Masukan Anak Ikan atau Udang hidup banyak boleh jadi Eye Drop?

Salam sifu sy nak tanya btlka klu kita masukkan byk2 anak ikqn dlm aquarium..arowana mata blh jatuh kebawah .. ...... boleh jadi sebab anak ikan tu main kat bawah ja kaadang kadang je naik atas ... Rasa DE sebab makan banyak, lemak kat mata ... Ltk ank ikan bnyk2 tkut quality air drop... Klau bab jd DE tu xpsti plak😅😅😅 .... "DROP EYE (MATA JATUH)" Apakah yang dikatakan dengan 'drop eye'? Sebagai permulaan, 'drop eye' bukanlah sejenis penyakit yang membolehkan ianya berjangkit kepada ikan yang lain. Drop eye adalah keadaan mata ikan kelisa yang menghala sedikit ke bawah di sebabkan faktor-faktor tertentu. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan ikan tetapi haruslah di pastikan, pemilihan ikan yang baik adalah ikan yang bebas daripada sindrom 'drop eye'. Semakin meningkat usia ikan, semakin tinggi potensi untuk mendapat sindrom 'drop eye'. Apakah punca 'drop eye'? Sehingga kini, masih tiada bukti saintifik yang kukuh untuk membuktikan...

contoh diet dan ikan kelisa

Salam geng, Sy test reaction Super Red Kapuas Hulu sy dengan selected diet ( Ulat, Anak ikan, Udang pasar dan Cengkerik) dan noticed ada perubahan dgn sikap dan kualiti air. 1. Ulat : Medium  Tempoh Makan : Selama <2 Minggu Setiap hari 2x 5/6 ekor. Selepas 2 minggu dia rasa boring dgn makanan sama. Mood : Normal - Selalu berada di top area. Kebersihan air : 60% 2. Anak Ikan : Kecil Tempoh Makan : Pada 2 Hari pertama, 5/6 ekor sekali dia makan. Selepas 2 hari kurang selera dan makan 2/3 ekor sahaja, itu pun selang-seli. Mood : Abnormal - Mencari makanan di bottom dan tetiba pecut dan langgar kaca tepi.  Kebersihan air : 40% 3. Udang Pasar : Besar Tempoh Makan : Setiap hari 2x 2 ekor Tidak sampai seminggu, mogok taknak makan langsung Mood : kurang aktif Kebersihan air : 50% 4. Cengkerik hidup Cabut kaki sebelum bagi makan Tempoh Makan : lebih dari 2 Minggu pun dia gemar makan, tetapi semakin hari semakin ganas dan suka melompat2 dan gosok badan di wave maker / accessories ada...

Cara Rawat ikan kembung perut Swembladdep

Tumpang bertanya..cara untuk rawat ikan sakit kembung perut yg bagus mcm mana ye?? Swembladder kalau ada cara yg mujarab harap tuan2 boleh kongsi tips rawatan🙏 Pose kan aro .wc..letak jus KETAPANG arowana MONSTER WT ikan dah terbalik ke??kalo dah terbalik kepit ikan kat tepi tank..buh air stone bubble kat mulut...kalo belom terbalik..ada petua...buh dlm plastik pastu ikan kan...plastik tu bagi kembung udara....air xpyh byk...dalam sejengkal cukup...buh dlm 3 4 jam.... Amir Zakwan Mohd Kassim ikan belom terbalik.. Kalau letak dalam plastik letak oxygen burble tu je ke?? Sbb ikan ni dah lebih lama2 dah dari 3 4 jam duduk dalam plastik.. Sbb org pos perjalanan jauh..  owhh ikan baru sampai ke??xpe bia dulu dalam tong tu..off lampu..kasi relax..kalo bloating jgk..try la buh dlm plastik...ikan dlm plasti pos lain bos...air berkocak Rosdi Daud xperlu gas o2...terkup je hujung plastik tu bg kembung...boleh tahan 3 4 jam bergantung besar plastik... rase ikan tuan tu stress kot..penat dok ...

Fungsi dan Cara Guna PSB selepas WC

FUNGSI PHOTOSYNTHETIC BACTERIA (PSB) *Menjernihkan dan meningkatkan kualiti air.  *Bertindak mengurai kandung toksik didalam air seperti Amonia. *Meningkatkan daya tahan penyakit terhadap hidupan akuatik.  *Kaya dengan vitamin dan protein untuk hidupan akuatik. *Mengandungi sejumlah besar karotena & vitamin A.  *Boleh meningkatkan warna tubuh ikan.   *membentuk persekitaran yang baik untuk mempertingkatkan selera makan & sistem penghadaman hidupan akuatik.  *Juga baik untuk dijadikan baja untuk tumbuh-tumbuhan.  “KITA JAGA AIR, AIR JAGA IKAN.”  masa vc aku off filter Dan lepas air buang dlm 40%masukkan garam 2 gengam. 20ml tension gon. 20mlm pati ketapang. Dan cecair vitamin ikan Dan on filter bagi running 1jam atau 2 jam Dan baru masukkan psb 

Sukatan Penggunaan Tension Gon - WC

TENSIONGON TANK 1.5ft (25 L) Tension Gon WC <50%: 1.25ml WC >50%: 1.7ml New tank: 2.5ml New fish: 1.25ml ------------------------------------------------------------------ TANK 2ft (54L) Tension Gon WC <50%: 2.7ml WC >50%: 3.6ml New tank: 5.4ml New fish: 2.7ml ------------------------------------------------------------------ TANK 2.5ft (72L) Tension Gon WC <50%: 3.6ml WC >50%: 4.8ml New tank: 7.2ml New fish: 3.6ml ------------------------------------------------------------------ TANK 3ft (180L) Tension Gon WC <50%: 9ml WC >50%: 12ml New tank: 18ml New fish: 9ml ------------------------------------------------------------------ TANK 4ft (240L) Tension Gon WC <50%: 12ml WC >50%: 16ml New tank: 25ml New fish: 12ml API: stress zyme+ New tank: 60ml Weekly: 30ml API: Pimafix Per 7 days: 30ml ------------------------------------------------------------------ TANK 4ft (320L) Tension Gon WC <50%: 17ml WC >50%: 25ml New tank: 35ml New fish: 16ml ,........., ...

Berapa Kerap kena Cuci Media Aqua untuk jaga Bakteria Baik Bb

Nak tanya sikit...... brp lama sekali kena cuci media filter sump tank? K1, nano pillar, lava rock, bio ring Xperlu cuci kot... klu cuci, habis mati la bb kt dlm tu... Jgn gangu dia.. Tukar span je.. Tak perlu cuci . Nnti bacteria baik semuanya mati . Bukan senang nk hidupkan bacteria baik ni . Makan masa .  Setahun 2 kali I punya dah 1 setahun tak cuci lagi cuma tukar sponge dan tambah psb je 1 tahun 2 kali..cuci guna air tank sedia ada..BB x byak yg mati..

Cara Latih Ikan Makan Palet

Aro 4,5inci puasekn 2minggu biase bru nk cube2 mkn palet.. Makan muntah kn blik.. Minggu ke 3 bru mkn palet.. Ikot pengalaman yg kwn bela la dua ekor..🤣 3. Cuba bagi puasa dulu bos 4-5hari lepastu try bagi pallet tu  Ikan tak makan pellet, bagi ulat makan. pas ulat dah full ngan pellet then bagi ikan. U get benefit from pellet mcm tu. Tak yah buang atau bagi kucing makan 😅 Pendapat saya, tank sekurang-kurangnya 3ft dan asingkan.  1. Pakai white sehingga puas hati cuci sisik level mana yg nak. SR tu just pump makan dulu, dah 10 inch ke atas boleh lah start soft tanning and SR ni perlu kesabaran sebab lambat skit nk naik colour.  2. PH adjust 7-8 MG and 6-7 SR. 3. Diet pallet kena train, kena puasa kan 2 3 hari. Kalau seminggu tak makan juga.. Kasi lah live food. Elakan bagi mealworm or super worm berlebihan coz risiko utk DE tu ada. Tukar2 diet kasi feeder, Cengkerik and meal worm.

Tannaing MG dan SR

no 1 tanning mg mmg putih tuk cuci sisik smp level 6 @ cross n gh..warna hitam tuk base kaler.. tuk ph klu x turun cube abg cari sera super peat..ph blh drop smp 6..(isi sikit2) tuk mkan pallet mmg kne train..puasakn ikan dlm 2@3 hari..bru try kasi pallet..x nk mkn lagi sambung puasa..klu kesian kasi ulat mkan pallet pastu kasi ikan mkan ulat.. tuk vitamin blh cube VitamixSr(Sr) atau Vitamonster (sr@mgbb) Mohd Klu nak tnning SR xplu kalot mcm MG.Mg dr kcil kna pulun dah & wajib tank putih....SR xplu kalot...bantai white tank blue/black tank pn xmjdi masalah...sy sarankn mulakn dgn WTT..dari kcil releks sntai ja soft tanning pakai lmpu aquanice/CLP/Xiang long & seangkatan dgnnya...bila dah capai saiz 12" br hard tanning pkai PLL @ seangkatan dgnnya...tembak depan blakang utk mdptkn result yg lbih cun & clor pn akan naik dgn sekata sbb pcahayaan yg seimbang/samarata...tll byk lmpu skarang utk hard tanning...cntoh pll phillips 36wtt code 830/827....tpulang pd anda...time ...

Sejarah dan Ciri Arowana Super Red SR

📔Arowana Super Red “SR” Sejarah SR asalnya ditemui disekitar pengairan Kalimatan Barat , Danau/Tasik Sentarum & Empangau. Ikan SR merujuk kepada Super Red dan “Red” itu adalah signature Ikan asal dari Indonesia sepertimana Red Tail Golden “RTG” & Banjar Red. Atas permintaan tinggi dikalangan masyarakat, maka wujudnya pembiakan ikan dalam kolam “Captive Breeding “. Secara asasnya SR terbahagi kepada 3 ✅Wild Caught ( Original Kapuas @Siluk Merah ) ✅Pembiakan dalam Kolam sekitar Kalimatan Barat ✅Pembiakkan Kolam luar Kalimatan & Indonesia. 📔Original Kapuas/Kalimatan Barat.... 📔SR Kapuas original hasil dari tangkapan liar oleh nelayan setempat untuk dijual pada peseorangan ataupun pada pemilik farm untuk tujuan breeding, Setiap ikan yang ditangkap untuk dijual harus mendapatkan kelulusan dari jabatan yang bertangungjwb iaitu “ KEMENTERIAN LINGKUNGAN HIDUP DAN KEHUTANAN “ atau lebih tepat dari pegawai “BALAI KSDA KALIMANTAN BARAT “. 📔CHOP ini biasa dilihat pada Cert pemilik ...

info Fungsi Air Daun Ketapang untuk Kelisa Arowana dan betta

warna Aro dan persekitaran

Arowana ni warna badan dia ikut pada persekitaran dia. Sebagai contoh, dalam kawasan habitat asli dia, air biasa seperti warna cokelat atau kehijauan sikit, so ikan aro badannya akan ikut warna kawasan tersebut supaya ikan aro tidak jadi mangsa pada ikan predator lain sebab kalau warna badan aro lain dari persekitaran, ikan predator lain senang nak cam arowana dan arowana akan jadi mangsa pada ikan predator lain. So sebab itu dia ade camouflage badan dia ikut persekitaran. Logik tu lah kita pakai untuk black tank treatment ataupun white tank treatment. Black tank akan kasi warna emas jadi pekat, manakala white tank akan buat warna emas lebih berkilau dan base jadi pudar. Boleh experiment tgk dgn kaedah you buat sekarang. Setiap sebulan banding cam mane base color dia improve.   

Hebahan bahan : Kenali Jenis-jenis Arowana

Hebahan bahan : Jenis-jenis Arowana ( 04/5/2021 ) #malaysiamembaca #baca@perpustam #pdchenderah #kitajagakita #jagasop • Mengenai Arowana • Arowana Asia (Scleropages Formosus) atau lebih dikenali sebagai`Ikan Naga’, telah dianggap sebagai salah satu Raja di Perairan Dunia kerana populariti yang sangat besar, nilai dan tampak berprestij. Bentuknya yang unik, sisiknya yang cantik, bermulut‘bonytounge’ dan berskala besar. Khabar angin tentang misteri Arowana Asia ini telah dibuat begitu istimewa dan ianya telah mencuri hati banyak pencinta ikan. MENGENAI IKAN AROWANA Ikan arowana atau dikenali juga sebagai ikan kelisa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Biasanya dibahagikan mengikut asalnya iaitu Asia, Australia dan Amerika Selatan. Jadual di bawah menunjukkan jenis arowana dan habitat asalnya. Nama Arowana / Jenis Arowana 1. Asian Arowana (dilindungi oleh CITES- spesis diancam kepupusan) diantaranya adalah Kelisa emas (Malaysian Golden / crossback / highback), Super Red, Banjar Red ...

Panduan Harga Jenis SR AROWANA MG MGBB CB Kapuas

PANDUAN PENGIRAAAN ARO PELIHARAAN BAGI KUALITI PALING MINIMUM Panduan harga market bg kebanyakan aro utk qualiti biasa dan kaedah bg menilai harga (update jan 2021) SUPER RED @SR KAPUAS   3-5inci RM1200-1500 5-6inci RM1500-1700 7-8inci RM1800-2000 8-9inci RM2000-2200 9-10inci RM2300-2500 10-11inci RM2500-3000 11-12inci RM3000-4000 Sr local breed Saiz 3 inci rm 650-rm780 saiz 4 inci rm780-rm850 Saiz 5 inci rm850-rm980 Note untuk 5 inchi ke atas..plus 200 perinch tambahan  best quality rm 2800+++ MG saiz 3 inci rm350-rm480 saiz 4 inci rm480-rm550 Saiz 5 inci rm550-rm680 Note untuk 5 inchi ke atas..plus 100 perinch tambahan best quality rm 2500+++ mas merah @ tongyan Saiz 3 inci rm 450-550 Saiz 4 inci rm 550-680 Saiz 5 inci rm 680-790 Note untuk 5 inchi ke atas..plus 150 perinch tambahan bestquality rm1800 +++ Conth jika mg 700 5 inci Jika mg itu bersaiz 6 inci ia akan jadi 800 Jika mg itu bersaiz 7 inci ia akan jadi 900 Harga diatas sekadar panduan bg aro qualiti biasa *Harga ka...

Hitam Atas belakang MGBB

Alan Persia okey...tnya bukan apa..sebb lani hb pon org pangil mg jugak...so kalau sisik 4 dan 5 tu hitam hb laaa.kalau cuci xp sisik 6 yg hitam tu biasa....xp sisik 6 dia cuci tu crossback... Waalaikumussalam, xsemua kak, yg jenis x hitam tu harga die mampu tgk saja 😁 MGBB pipi dgn bawah perut gold... ngam dgn nama malaysia gold.. bahagian atas rata2 hitam.. melainkan kalau dah tanning... sy pun level 6 htm je..dpt cuci smpai 5 1/2 je...ni pun masih tanning lg.jauh lg perjalanan baru 7inch..

Penyakit Ikan Arowana Tertungging SWIM BLADDER

Sharing: SWIM BLADDER Salah satu penyakit yg blh membawa maut kepada arowana anda & agak sukar dirawat adalah swim bladder/ kegagalan arowana berenang dgn stabil PUNCA Di dalam sistem anatomi arowana, terdapat satu kantung udara  di bahagian bawah perut diantara pundi arowana...fungsi kantung udara adalah untuk mengimbangi badan arowana anda berenang dgn stabil...apabila  kantung udara mengalami kegagalan berfungsi dgn baik, ia blh menyebabkan arowana anda berenang dgn keadaan tidak stabil seperti menungging & lebih teruk lg berpusing2 akibat masalah tersebut...  Antara punca2 yg menyebabkan terjadi swim bladder - pundi kencing yg tersepit akibat dr permakanan yg berlebihan terutamanya jenis pellet yg berlebihan...ini kerana sifat pellet yg akn mengembang selepas dimakan...   - sembelit juga blh menyebabkan aro anda mengalami kegagalan utk berenang dlm keadaan normal - penukaran air yg drastik melebihi 50% ke atas & air yg deras ketika proses tukar a...

Short Form atau Singjatan yang kerap diguna oleh geng Arowana

Sekadar untuk berkongsi:    Ini adalah singkatan2 perkataan yg sering digunakan dalam post2 berkenaan Arowana , jika ada lagi perkataan yg sahabat2 tahu mohon berkongsi bersama2.  WTS = Want To Sale WTB = Want To Buy LFS = Local Fish Shop MW = Meal Worm SW = Super Worm WC = Water Change WTT = White Tank Treatment BTT = Black Tank Treatment WFT = White Fiber Tanning BFT = Black Fiber Tanning LJ = Lower Jaw Aro = Arowana  JFS = Just For Share MGBB = Malaysian Golden Blue Base GH = Golden Head MG = Malaysian Golden HB = High Back XB = Cross Back SHB = Super High Back HBQ = High Back Quality CR = Chili Red SR = Super Red BR = Blood Red PAT = Pak Andak Talib K = Kolam ( K7 , Kolam 7 ) Aqua = Aquarium Lvl = Level IKA = Ikan Kelissa Arowana COM = Community DE = Drope Eye PLJ = Protruding Lower Jaw RTG = Red Tail Golden YT = Yellow Tail NG = Nami Green  TY = Tong Yan FGT = Fiber Glass Tank MGXB = Malaysian Golden Cross Back MGXBBB= Malaysian Golden C...

Tips Bela Cengkerik

Sharing Tips Bela Cengkerik Untuk Arowana -Letak / bela dalam bekas agak besar bersesuaian banyaknya cengkerik, jangan terhimpit2. -Bekas Letak Telur  -Makanan , biasanya carrot/lobak merah/limau sunkist  -Air Minum ~ tukar air bila dah kotor  -Kertas Basah ~ dah kering, basahkan semula, percik2 air  **tips dalam video

Tips Combine Arowana

Dalam kehidupan aro..  yg sifu2 bg tau.. dorg ada sifat senior n junior... tips dia...  kosongkan tank.. masukan aro paling keci.. dlm tank dahulu.. bg dia jaga kawasan.. bg dia jadi senior..  pastu masukkan besar dari dia.... masa tu yg kecik akan jd senior dia nak buli yg besar.. x berani.. so dia akan berasa kuat..  yg besar akan jadi takut nak buli kecik..  pastu masukkan lagi besar... hah mcm tu lah... . tp sebenarnya semua bergantung nasib... kalau dpt yg okey... boleh di com.. mane2 pon dorg okey..tp yg x baik... hummm fhm2 lah ehhe

Tanning Black Tank

Kalau nak tanning pakai white tank.  Dah cuci bersih sisik sampai level 5 bagi mgbb dan level 6 bagi crossback.  Dah puas hati cuci sisik barulah masa untuk naikkan warna base nya  pulak.  Baru masukkan dlm black tank. Black tank treatment (BTT). Dalam black tank tak on lampu dah. Biar bergelap. BTT buat dlm 6bulan. Kalau buat BTT tapi pasang jugak lampu,Tu bukan namanya BTT tapi dah display. Kena fahamlah apa fungsi BTT BTT kalau x silap, xde pakai lampu, tutup habis hitam jer baru base colour naik, betulkan kalau salah hehe

Apa itu Arowana 24 k

 Syukre Kamarul 1. Spec arowana  jenis Malaysian Golden Crossback:  -Sisik & ring sehingga level 6   - Potensi cross biasa dpt dilihat apabila saiz mencapai 6/7 inch , tempoh develope biasa sehingga 15 inch 2. Spec arowana Mg 24k - Full cross, full golden head, tiada sebarang base colour  ataupun tanda lain pada body aro spt biru/merah/hitam melainkan warna emas shj - Ia adalah sifat yg dibawa oleh baka MG , bukan super highback, bukan super red. Sifat & spec hny dpt dilihat setelah aro mula mencapai tempoh matang antara saiz 15inch ke ats bkn di bwh 5 inch!  - Akn melalui beberapa proses saringan terlebih dahulu walaupun ada spec2 yg disebutkan selama beberapa bulan utk memastikan ketulenannya  dahulu sblm layak diistiharkan sebagai 24k. - Nisbah  seekor aro utk menjadi jenis 24k hanyalah 1:10,000  PANDUAN  di ats adalah serba ringkas mengenai spec2 arowana jenis Mg Crossback& Mg 24k. Gejala penipuan/ scam bkn shj berla...