Penyakit Ikan Arowana Tertungging SWIM BLADDER
Sharing: SWIM BLADDER
Salah satu penyakit yg blh membawa maut kepada arowana anda & agak sukar dirawat adalah swim bladder/ kegagalan arowana berenang dgn stabil
PUNCA
Di dalam sistem anatomi arowana, terdapat satu kantung udara di bahagian bawah perut diantara pundi arowana...fungsi kantung udara adalah untuk mengimbangi badan arowana anda berenang dgn stabil...apabila kantung udara mengalami kegagalan berfungsi dgn baik, ia blh menyebabkan arowana anda berenang dgn keadaan tidak stabil seperti menungging & lebih teruk lg berpusing2 akibat masalah tersebut...
Antara punca2 yg menyebabkan terjadi swim bladder
- pundi kencing yg tersepit akibat dr permakanan yg berlebihan terutamanya jenis pellet yg berlebihan...ini kerana sifat pellet yg akn mengembang selepas dimakan...
- sembelit juga blh menyebabkan aro anda mengalami kegagalan utk berenang dlm keadaan normal
- penukaran air yg drastik melebihi 50% ke atas & air yg deras ketika proses tukar air dikatakan blh juga menjadi punca swim bladder
- tekanan air yg terlalu tinggi terutamanya bg aro yg bersaiz kecil...sebaiknya sesuaikan paras ketinggian air dgn saiz aro anda
-proses pemindahan yg tidak cermat atau salah terutamanya ketika di dalam plastik...
:aro tidak dipuasakan sblm proses pindah ke dalam plastik
: plastik dipusing atau diterbalikkan dgn kasar
KAEDAH RAWATAN & PENCEGAHAN
Penyakit ini agak sukar utk dirawat jika keadaan terlalu teruk namun kita blh berusaha utk merawatnya dgn bebrapa kaedah, selebihnya kita bertawakal..
-rendahkan paras air seminimumnya agar aro anda dpt stabilkan badan &tidak berenang dlm keadaan menungging ...letakkan sedikit garam serta kekalkan suhu tank 30° menggunakan heater...puasakan aro sehingga keadaan stabil...cuba tinggikan paras air apabila aro anda kembali stabil namun jika ia kembali berenang dlm keadaan tidak stabil, rendahkan semula paras air...ulang langkah ini sehingga aro stabil
- dlm kes yg teruk jika kegagalan pundi atau pundi rosak, proses membuang angin dlm perut terpaksa dilakukan dgn mencucuk menggunakan jarum di bahagian level 2 sisik berhampiran anus...penting utk rujuk pakar yg berpengalaman dlm melakukan rawatan ini utk mengelakkan kehilangan nyawa
- beri makanan dlm kuantiti yg sedikit tetapi berulang2...jgn terlalu bnyk memberi makanan kerana makanan yg terlalu bnyk di dlm perut akn menyebabkan pundi aro tersepit & kantung angin di dlm perut gagal berfungsi dgn baik.
Comments
Post a Comment