cert Arowana dan Pets
Certificate of Identify
Setiap kali ada perbahasan/perbalahan berkaitan dengan Cert/Sijil apabila ikan itu tidak capai spec terutamanya melibatkan ikan dari Malaysia Golden Family.
Cert biasanya didatangkan dengan microchip sebagai penganti no pengenalan diri pada ikan haiwan/ikan dan pada jenis burung/unggas digantikan ring yang mempunyai number.
Apa tujuan cert & chip@ring number pada haiwan?
Adalah sebagai penganti pengenalan diri .
Untuk Kucing/Anjing cert akan tertulis registered Number Haiwan tersebut termasuk lah kedua ibubapa bersertakan tarikh lahir,breeder/cattery & keturunan.
Sama seperti ikan terutamanya arowana/kelisa, Cert dikeluarkan dari pemilik farm beserta identity baka tersebut seperti Super Red, Malaysia Golden Dll.
Dasar padang ke Indonesia, jika dilihat pada Vlog dari indonesia, sama ada dari sekecil seller yang mula nak bertapak, mereka akan menjual ikan beserta cert & chip kerana di Indonesia sendiri ikan kelisa terutamanya SR harus mempunyai cert & chip untuk tujuan mengawal khazanah mereka.
Secara lazimnya, indonesia mengeluarkan 2 jenis permit kepada pemilik farm/reseller iaitu
- Surat Izin Jual dalam negeri (Dlm Indonesia shj)
- Surat Izin Jual luar Negeri (Tujuan Export)
Sediamaklum, setiap ikan dari Indonesia yang dibawa masuk ke Malaysia Pasti ada Chop dari badan berwajib iaitu dari pihak kerajaan mereka
Iaitu
“ KEMENTERIAN LINGKUNGAN HIDUP DAN KEHUTANAN “
Setiap ikan harus mendapat kelulusan dari pihak berwajib untuk tujuan jual beli.
Setiap kelulusan pasti ada bayaran yang patut pembeli/pemilik farm bayar dan ini akan menjana sedikit pendapatan untuk negara mereka serta merekodkan setiap jualan arowana berdasarkan rekod yang ada.
Malaysia tidak sampai lagi untuk menjadikan ikan kelisa sebagai sebahagian sumber pendapatan untuk kerajaan seperti mana haiwan terlindung lain seperti Kura-Kura Sulcalta,Burung kakak Tua @ Parrot dll.
Atas sebab itu jualan ikan kelisa dalam domestik tidak diwajibkan jual dengan cert kecuali untuk tujuan export keluar harus mempunyai cert berserta support document seperti status farm
dari pihak Cites,Import & Export permit dll.
Miliki ikan ada cert terutamanya bukan jaminan ikan itu capai spec seperti didalam cert tetapi sekadar identified ikan itu sahaja berdasar dari induk didalam farm/kolam.
Dalam breeding..
“Breeding is combination science & luck”
ia perlukan ilmu sains dan nasib yang baik,breeding bukan photocopy kerana setiap yang hidup ada gen pool mutantion ia tersendiri, agak complicated untuk bicara pasal breeding secara details ttp cukup sekadar untuk mudah faham.
Breeding bukan copypaste,cut & paste...
(Contoh paling mudah, walaupun kita lahir dari ibubapa yang sama dengan adik beradik lain, pasti ada perbezaan dari segi fizikal,emosi dan IQ yang berbeza walaupun dari benih & rahim yang sama).
Berbalik kepada quality issue tak sama
pada cert,sediamaklum ia adalah berdasarkan
induk didalam kolam/farm itu sahaja.
Jika anda selaku pembeli yang inginkan guarantee/warranty berdasarkan apa yang tertulis pada cert,pastikan ikan itu dibeli apabila
ikan telah capai spec.
Kenapa cert itu bukan jaminan/guarantee berdasarkan apa yang tertulis pada cert ?
Sebab breeding bukan photocopy, cut &
paste yg selalu terjadi pada MG Family.
Kebiasaan reseller/seller dan sebahagian farm sendiri pun tidak berani beri jaminan 100% ikan ikan itu tidak capai spec bila ikan jika ia dijual pada size yg kecil @ belum capai spec.
Reseller/seller akan berani bagi guarantee jika ikan itu terjual pada size yg besar & capai spec itu pun bukan semua yang berani kerana mungkin ada yang tidak sedar bahawa pengunaan ubat cross/gh berdasarkan chemical/medication treatment membuatkan ikan itu capai spec TETAPI bila ikan tersebut tidak dapat ubat,secara pelahan- lahan, asal ikan dari spec XBGH akan jadi spec SHB dan lagi tidak bernasib baik akan jadi spec HB.( JANGAN TANYA UBAT APA ππ»ππ»)
Sediamaklum, ikan Crossback adalah crossbreed MG & SR pada awalannya, dah tidak semua SR akan cross walaupun genetic dia adalah cross.
Mg perlukan kerajinan untuk tanning untuk capai spec lebih awal, jika campak MGBB F2 dalam black tank tanpa cahaya matahari (Sun Tanning ) @ tanning dlm wtt @ tong puaka...
Silap2 pada usia 4-5thn kot baru capai spec berbanding ikan yang ditanning dengan betul yang perlukan masa +- 1thn .
Sebelum pembeli ingin miliki ikan yang miliki cert perlu faham apa fungsi cert & cert itu samada original dari farm atau pun dari orang ke 2 iaitu reseller @ kedai.
Bila bicara pasal cert, pasti ada tangan nakal yang duplicate cert seakan original untuk melariskan jualan mereka, pekara yang tidak boleh atasi kerana itu wujudnya syurga & neraka.
Secara technical tidak banyak beza .....
Tetapi miliki ikan ada cert dari farm tertentu adalah kepuasan yg sedikit berbeza dar non cert.
Bayangkan jika anda miliki ikan yang capai spec dari farm tertentu sebagai contoh : -
MGBB F2 Non Cert
MGBB F2 dari Farm tertentu ππΌππΌππΌ
SR Kalimatan Non cert
SR Kapuas dari Farm yang baru menang competition. ππΌππΌ
Kepuasan pasti ada sedikit berbeza samada dalam nilai positive @ negative hanya pemilik sahaja boleh nilai.
Cert hanya sekeping kertas sahaja..Jika anatomy & characteristics ikan itu menarik itu dah cukup baik,jika ia ada disertakan cert itu adalah kepuasan.
Cert @ Non cert, itu soal no 2, jika anda telah memilih untuk pelihara sesuatu yang hidup,
itu adalah amanah dariNya, buat yang terbaik supaya ada balasan yang baik kelak.
ππ»ππ»Seribu kemaafan sekadar pandangan sahaja, Ayat tercyiduk banyak ππ Harap faham la - Pak Arab
*Malas nak edit π
π
dan jangan kecam atas kesalahan tatabahasa & ejaan π
.
#SilukMerah
#StateLess
#OcicatCfaRegistered
#PureAndProud
#SiBetik
#IlmuKelisa
Fb Zulfikar
Comments
Post a Comment