Ikan Arowana tak nak makan?
Ramai yang mengeluh bila Aro tiba-tiba tak mahu makan. Aro bila ada masalah secara tak langsungnya akan men"transfer" kesan pada tuan empunya ikan. Kita pulak jadi tak senang duduk, kan? Dan kadang-kadang ikan tak makan 4@5 hari tu, normal. Malah ada yang lebih dari itu lagi. Tp ada juga penyebab2 yg memungkinkan Aro tak mahu makan. Antaranya:
1. Kondisi air tak cantik dan suhu serta pH air yg tiba-tiba berubah yang membuatkan Aro menjadi merasa tak selesa dan stress.
:- Kualiti air yang buruk dapat disebabkan oleh akumulasi nitrit, nitrat, dan amonia yang bersumber dari najis ikan dan juga sisa makan. Jika dibiarkan ianya dapat menjadi toksik bagi ikan arwana anda dan mudah untuk jatuh sakit. Sentiasa menjaga kualiti air akuarium dapat menjaga kesihatan ikan arwana anda. Buang jika terdapat sisa-sisa najis Ikan yang terkumpul dalam akuarium. Jangan dibiarkan. Ikan arowana juga selesa jika suhu air berada di sekitar 28 - 31°.
2. Ikan sedang cuba mengapdaptasi tempat atau suasana baru.
:- Situasi biasa bagi arowana. Biasalah bila tempat,suhu dan kondisi air bila baru Aro akan rasa terkejut sedikit. Ikan sedang cuba untuk menmbiasakan dengan tempat dan suasana yang baru dari tempat asal kita beli. Berikan masa pada ikan dan jangan dipaksa k.
3. Ikan boring sebab menu makanan selalunya sama.
:- Arowana sangat suka pada makanan hidup tapi kalau hari-hari benda yang sama,boring jugakkan. Kalau kita hari-hari dihidangkan dengan nasi lemak lama-lama muak jugak. Nak juga tukar selera. Nasi goreng ke roti canai ke ya tak. Situasi yang sama juga pada Aro kita.
Cuba tukar-tukarkankan menu makanan Aro. Mungkin diselang seli antara cengkerik, ulat roti, katak atau udang pasar.
4. Yang last ni yg paling kita sebagai penghobi arowana tak suka. Ikan hilang selera makan disebabkan ikan sakit.
:- Selalu-selalulah perhatikan ikan kita. Kalau nampak sesuatu yang pelik pada fizikal ikan, atau cara renangannya lain macam dan tak aktif seperti biasa, cepat-cepatlah bertindak. Setiap penghobi arowana harus ada ubat-ubatan basic untuk Aro jika sakit. Senang kata, first aid untuk ikan. Garam biru atau apsom salt, S1, Melafix, heater dan berbagai lagi yang ada dipasaran mengikut apa penyakit Aro anda.
Ini adalah antara sebab-sebab kecil kenapa Aro kita tidak mahu makan. Mungkin ada banyak lagi penyebab-penyebab yang lain. Walaupun apa pun dengan pengalamanlah serta rajin membaca dan bertanya pada orang lama atau ayat lain, sifu sahaja yang dapat memantapkan lagi skill penjagaan kita dalm hobi ini.
Selamat berhobi arowanians 💪
Comments
Post a Comment