air akuarium berbuih

Kejernihan Air Aquarium/Tank. Apa penyebab air tidak jernih dan cara mengatasinya:-

1. Air berbuih-buih.
Ini tanda ada masalah pada populasi BB (Beneficial Bacteria) dalam tank. kebiasaannya tanda nie populasi BB mati berjemaah.
Disebabkan tukar air/top up air menggunakan air paip tanpa meletakkan anti clorin terlebih dahulu atau tak letak langsung.
Basuh sponge atau bio2 media dengan air paip biasa.
Cara penyelesaian, Buang air 40%. tambah dengan air yg dicampur dengan anti clorin dan tambah cecair BB. 
prevention, guna air yg sudah dicampur ngan anti clorin. Clorin pada air paip akan matikan segala bacteria walaupun BB. 
Jangan basuh barang2 filter dengan air paip. gunakan air kolam tank.

2. Air keruh susu.
Tanda BB baru nak berkembang atau populasi bloom disebabkan kenaikan ammonia atau baru mula letak cecair BB. Kebiasaannya air akan kembali jernih dalam masa semalaman.

3. Air berdebris halus/berhabuk.
overfeeding atau dasar kolam berkeladak disebabkan kurang maintenance.
letak sponge berjaring halus untuk tapis debris2 halus.
Air tak circulate secara menyeluruh dalam tank dan debris tak dapat disedut oleh motor pump dan dibawa ke filter. Alih kedudukan motor pump dan air return dari filter pada kedudukan bertentangan. Jika tank yang besar, boleh letak water blower untuk optimumkan aliran air dalam kolam.

4. Air Kehijauan.
Populasi algae bloom disebab kan banyaknya nutrients (Nitrate) dalam tank dan cahaya yang mencukupi untuk algae membiak banyak.
Boleh tambah pokok2 air spt keladi bunting, amazon frog bit, untuk kurangkan nutrients yang berlebihan supaya algae tak boleh berkembang.
atau letak UV dalam sistem filter (selepas bio media).

Comments

Popular posts from this blog

Sukatan Penggunaan Tension Gon - WC

Sejarah dan Ciri Arowana Super Red SR

Makanan Arowana dan Risiko