Topik Asas Penjagaan dan Pemilihan Ikan Arowana

Topik arowana

Soalan yg biasa saya dapat. Saya jawab kat sini untuk panduan dan pedoman dimasa akan datang πŸ˜‚.. 
1. Bang ni ikan jenis apa?
2. Saya beli rm300 okay ke? Contoh je

3. Perlu ke tanning/ proses tanning
4. Cara pemakanan
5. Kadar PH air.
6. Penjagaan arowana 

Jawapan saya
1 dan 2. Ni kita ada kepercayaan beli dekat orang tu, so bila org tu kata mgbb ke power blue ke ferari red ke, macik kantin ke, pak guard ke.. Kita percaya jelah. Kalau dah seller tu kata ikan dia jual mgbb ya mgbb lah. Kami tak tau org tu jual dari kolam mana ke apa, so trust tu penting. Bab harga itu hak masing2 nak jual berapa, there is no limit nak letak harga berapa juta sekalipon.
3. Terpulang, nak cepat proses cuci sisik bg clear daki2 kat ikan boleh buat tanning. Dari segi aspek pemilihan arowana. Bagi saya kualiti adalah nombor 1 dalam pemilihan ikan. Bukan harga.. Aro ni ikan lasak, jangka hayat puluh tahun.. So tepuk dada, nak tengok hari2, mesti nak yg lawa kan? Belanja lah lebih sikit..
4. Arowana ni jenis predator, selagi ada makanan slg tu dia nak makan kalau boleh, so kena control makanan dia. Kalau saiz 4 ke 7 inch tu saya bg sehari 2x. Bagi takat 5 ekor ulat roti yg kecik tu. Once dia 8 ke 10 inch sy dah buat sehari sekali. Sy bagi dalam 7 ke 10 ekor. 10inch ke atas tu sy dah biasa kan 2 atau 3 hari sekali.. Pon dalam 15 ekor ulat je.. Kalau comm tank payah nak control, melainkan ikan hang main suap2 πŸ˜‚
5. Untuk super red 5.5 ke 6.5is the best.. Untuk mg 6 ke 7.5. Ni kena tau gk media kita guna apa.. Lain tank lain lah setupnya kan? Kalau ph tank korang tinggi, boleh guna media lava rock untuk rendah kan ph air korg. Kalau ph korg rendah sgt letak lah crash coral sikit.. Belanja lah duit sikit beli tester kit. Kalau xnak beli tak pa, tak wajib pon. Tp jangan tanya saya berapa kadar ph tank awak ya. Saya belum join kerajaan langit terus dapat tau πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Media saya guna pumice sbb media ni x ganggu lansung air kita.
6. Heater, vitamin, or any supplement lah ya. Benda ni terpulang, letak je kat diri kita... Kalau kita dalam suhu yg kita suka, kita happy or tak? Kalau kita amik vitamin kesihatan kita macam mana? Diet makanan kita akan menyumbang apa kt kesihatan kita.. So for me kena ada. Bgantung pada poket masing2..

NOTA PENTING : kalau ikan sakit makesure bg ubat yg betul, sukatan yg betul. Elok boleh sembuh sbb salah ubat makin mati ikan tu πŸ˜…. 
Wallahualam πŸ™❤️

Moga bermanfaat
Bong Sani - Ilmu Kelisa

Comments

Popular posts from this blog

Sukatan Penggunaan Tension Gon - WC

Sejarah dan Ciri Arowana Super Red SR

Makanan Arowana dan Risiko