Posts

Showing posts from September, 2021

Cara setup tank Aquarium Baru

Sharing dari Sifu @Zarep Zakuan. Semoga manfaat kepada semua. ✅Info Hak Milik Saudara ZarepZakuan ✅Ikan Hak Milik Admin. CARA SETUP TANK BARU Ini sepatutnya bahagian 1. Tapi takpe, masih sempat lagi rasanya. Kalau ada istilah-istilah yang sukar difahami, cuba baca posting-posting saya yang lain ya. In sha Allah membantu. Ini tips paling penting untuk mereka yang baru berjinak-jinak bela ikan. Ya, saya tau perasaan tu. Tak sabar kan? Sabar sikit. Baca ye kalau ada plan nak setup akuarium atau sedang mengalami masalah ikan mati. Perkara paling penting JANGAN TERUS BELI IKAN JANGAN TERUS BELI IKAN JANGAN TERUS BELI IKAN Itu paling penting sekali. Kita ni nak mencipta ekosistem untuk ikan dulu, prosesnya makan masa sikit. Kalau terus beli ikan sekali dengan akuarium, saya boleh jamin 90% akan ada kematian. 10% tu mungkin tuah saja.  Hobi ni satu perjalanan. Enjoy the process! Kita perlu pastikan, air tu mampu melengkapkan kitaran nitrogen.  Apa yang kita cuba buat adalah kita nak ...

Ikan Arowana tak nak makan?

Ramai yang mengeluh bila Aro tiba-tiba tak mahu makan. Aro bila ada masalah secara tak langsungnya akan men"transfer" kesan pada tuan empunya ikan. Kita pulak jadi tak senang duduk, kan? Dan kadang-kadang ikan tak makan 4@5 hari tu, normal. Malah ada yang lebih dari itu lagi. Tp ada juga penyebab2 yg memungkinkan Aro tak mahu makan. Antaranya: 1. Kondisi air tak cantik dan suhu serta pH air yg tiba-tiba berubah yang membuatkan Aro menjadi merasa tak selesa dan stress. :- Kualiti air yang buruk dapat disebabkan oleh akumulasi nitrit, nitrat, dan amonia yang bersumber dari najis ikan dan juga sisa makan. Jika dibiarkan ianya dapat menjadi toksik bagi ikan arwana anda dan mudah untuk jatuh sakit. Sentiasa menjaga kualiti air akuarium dapat menjaga kesihatan ikan arwana anda. Buang jika terdapat sisa-sisa najis Ikan yang terkumpul dalam akuarium. Jangan dibiarkan. Ikan arowana juga selesa jika suhu air berada di sekitar 28 - 31°.  2. Ikan sedang cuba mengapdaptasi tempat atau sua...